Khamis, 15 Disember 2011
Most popular Sports
1) Football: 3.3-3.5 billion fans (Europe, Africa, Asia, Americas, etc.)
2) Cricket: 2-3 billion fans (India, UK, Pakistan, Asia, Australia, etc.)
3) Field hockey: 2-2.2 billion fans (Asia, Europe, Africa, Australia)
4) Tennis: Around 1 billion fans (Europe, Americas, Asia)
5) Volleyball: Around 900 million fans (Asia, Europe, Americas, Australia)
6) Table tennis: Around 900 million fans (Asia, Europe, Africa, Americas)
7) Baseball: Around 500 million fans (US, Japan, Cuba, Dominican Republic)
8) Golf: Around 400 million fans (US, Canada, Europe)
9) Gridiron (American football): 390-410 million fans (US mainly)
10) Basketball: Not more than 400 million fans (US, Canada mainly)
Read more: http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_most_popular_sport_in_the_world#ixzz1gZvKDsG1
Isnin, 12 Disember 2011
Selamatkan Sukan Sepak Takraw Malaysia!!!!
Sabtu, 10 Disember 2011
Sukan SEA Myanmar 2013!
Tiga sukan yang menyumbang 17 pingat emas kontinjen negara pada Sukan SEA XXVI iaitu renang berirama, boling dan basikal trek bakal digugurkan daripada edisi XXVII temasya di Myanmar, 2013.
Ini bermakna Malaysia perlu bekerja lebih keras dari sekarang untuk mempertahankan sasaran meraih 10 peratus daripada jumlah keseluruhan emas yang ditawarkan.
Renang berirama dan boling, masing-masing menghadiahkan lima emas di Indonesia, manakala berbasikal tujuh pingat emas. Bermakna, Malaysia perlu segera membangunkan sukan lain dalam tempoh dua tahun dari sekarang, bagi menampung ketiadaan tiga sukan ini.
Terdapat 32 jenis sukan berada dalam senarai awal yang diumumkan Jawatankuasa Olimpik Myanmar (MOC) iaitu olahraga, menembak, kanu, kayak, wusyu, silat, taekwondo, biliard & snuker, pelayaran, basikal (lebuh raya), tenis, renang, terjun, mendayung, karate, bot tradisional, judo, tinju, angkat berat, memanah, catur, pingpong, badminton, golf, bola tampar, futsal, bola sepak, ekuestrian, bina badan, bola keranjang, sepak takraw dan muay thai.
Daripada senarai tersebut, kita tidak pernah memenangi emas dalam kanu/kayak, catur, mendayung, bot tradisional, muay thai serta bola tampar. Tenis pernah meraih emas pada 1973 dan kali terakhir judo menghasilkan emas pada 1981.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM), dalam analisis Setiausaha Kehormatnya, Datuk Sieh Kok Chi percaya ekuestrian, pelayaran, menembak, taekwondo dan angkat berat antara sukan yang berpotensi besar.
Menurutnya, adalah penting untuk memastikan proses pembangunan sukan yang konsisten menjadi penyumbang emas berjalan baik, begitu juga program membangunkan sukan yang sangat berpotensi.
"Ketiadaan renang berirama, tenpin boling, gimnastik dan berkemungkinan besar, berbasikal trek pada Sukan SEA 2013, Malaysia berdepan tekanan untuk mengekalkan sasaran memenangi 10 peratus daripada jumlah keseluruhan emas yang ditawarkan,'' kata Kok Chi.
Menurut Kok Chi, faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian baik Malaysia pada Sukan SEA dari 1997 hingga ke hari ini adalah kerana program pembangunan sukan yang dikenali sebagai Jaya 98, iaitu program khas untuk persiapan Sukan Komanwel 1998.
Jelasnya, limpahan pelbagai program dalam Jaya 98 telah memberi keuntungan yang amat besar kepada sukan negara.
Malah katanya, selepas lebih 10 tahun Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) dipisahkan sebagai entiti berbeza, program lebih baik dan berkesan seharusnya boleh diperkenalkan tidak lama lagi.
MOM dan persatuan-persatuan sukan kebangsaan pula boleh memulakan persiapan Sukan SEA 2013 dengan melaksanakan satu kajian mendalam terhadap prestasi kontinjen Malaysia di Temasya Indonesia, mengenal pasti kelemahan serta isu-isu, mencadangkan rancangan baru, strategi serta program penyediaan atlet dan pasukan secepat mungkin.
Jumaat, 25 November 2011
Tahniah, Kontinjen Malaysia!!!
Sabtu, 12 November 2011
Sasaran 60 Emas .. Mampukah Malaysia?
Jumaat, 23 September 2011
Malaysia sasar 40 emas di Sukan SEA 2011
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan sasaran sederhana untuk meraih antara 40 hingga 50 pingat emas bagi kontinjen Malaysia yang akan bersaing di Sukan SEA ke-26 di Indonesia pada November ini.
Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, antara sukan yang dikenal pasti boleh menyumbang kepada sasaran tersebut ialah akuatik, tenpin boling, memanah, olahraga, karate dan silat.
“Sasaran 40 hingga 50 emas adalah realistik berdasarkan pencapaian terkini atlet negara. Sukan seperti akuatik dan tenpin boling merupakan kekuatan utama kontinjen Malaysia,” katanya di sini, semalam.
Kok Chi berkata, akuatik mampu menyumbang lapan hingga 10 emas, tenpin boling (enam-tujuh) dan begitu juga olahraga, memanah dan karate masing-masing antara empat dan lima emas manakala silat (dua-empat).
Beliau berkata, sukan yang menjadi sasaran utama tersebut berupaya menyumbang sehingga 30 pingat emas dan selebihnya dari sukan lain.
‘‘Sukan lain seperti tinju, taekwondo, angkat berat dan ekuestrian juga mampu menambah kutipan pingat negara,’’ katanya.
Mengenai langkah persatuan sukan yang kebanyakannya menyenaraikan barisan pelapis ke temasya tersebut, Kok Chi berkata, keputusan sama ada untuk menghantar atlet elit atau pelapis bergantung kepada tahap sukan tersebut.
“Jika tahap saingan sukan tersebut tinggi seperti acara badminton dengan penyertaan Indonesia dan Thailand, kita juga perlu menghantar skuad utama,” katanya.
Indonesia yang akan menganjurkan temasya dwi tahunan ini dari 11-22 November ini menawarkan 542 pingat emas menerusi 43 jenis sukan yang akan diadakan di dua venue utama iaitu di Jakarta dan Palembang.
Kontinjen Malaysia yang diketuai Datuk Naim Mohamad di Jakarta dan Datuk Syed Mustaffa Syed Ali di Palembang dijangka menghantar 650 atlet untuk bersaing dalam 39 acara.
Malaysia tidak mengambil bahagian dalam acara gusti, lumba bot tradisional, tenis lembut dan vovinam (seni mempertahankan diri Vietnam). – Bernama (Sumber: Utusan Malaysia)
Jumaat, 5 Ogos 2011
Ahad, 10 Julai 2011
Ahad, 3 Julai 2011
Where To Go?
Man Utd $130,000 + maybe win another Trophies
Selasa, 28 Jun 2011
Jumaat, 24 Jun 2011
Khamis, 23 Jun 2011
Rabu, 22 Jun 2011
Selasa, 21 Jun 2011
Liverpool vs Malaysia
Sabtu, 18 Jun 2011
Isnin, 13 Jun 2011
Phil Jones
Ahad, 12 Jun 2011
Terima kasih Hospital Tengku Anis Pasir Puteh
Jumaat, 27 Mei 2011
Selasa, 29 Mac 2011
Man Utd lagi!!!
Full results:
• Manchester United - 26%
• Ryanair - 23%
• British Gas - 22%
• McDonald's - 19%
• RBS - 17%
• Lloyds Bank - 16%
• Starbucks - 14%
• BT - 13%
• Sky - 13%
• easyJet - 10%
• Network Rail - 9%
Ahad, 27 Mac 2011
Malaysia seri lawan Etoile FC !!!!
PERTUKARAN besar dilakukan K Rajagobal pada babak kedua menyaksikan skuad kebangsaan sekadar seri 1-1 bertemu Etoile FC, selepas mendahului babak pertama hasil jaringan minit ketujuh Ahmad Fakri Saarani dalam perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.Selepas menang ke atas Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam, Februari lalu, barisan anak didik Rajagobal masih mampu menarik nafas lega dengan keputusan seri dengan kelab dari Perancis itu tatkala membuat persiapan bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2014, Jun ini.
Rabu, 23 Mac 2011
Josiah Ng pengubat luka
Beasley harap Josiah, Rizal jadi penawar duka bawa pulang pingat SENARIO muram tetap wujud tanpa kelibat Azizulhasni Awang menjelang cabaran Kejohanan Trek Dunia yang memulakan saingan di Apeldoorn, Belanda, hari ini. Namun, bagi ketua jurulatih lumba basikal negara, John Beasley tanggapan itu harus dikikis kerana percaya dua lagi rakannya - Josiah Ng dan Rizal Tisin ada ramuan membutirkan pingat untuk negara dalam kejohanan tersohor itu.
Selasa, 22 Mac 2011
Terry Kapten England ganti Rio Ferdinand
John Terry kelmarin menyatakan bahawa dia berasa bangga untuk diberi semula kepercayaan menjadi kapten pasukan England.
"Saya tidak pernah berhenti mengharapkan agar suatu hari saya diberi peluang memimpin negara sekali lagi," katanya.
Pengurus England, Fabio Capello secara terbuka mendedahkan rancangannya menyerahkan semula lilitan kapten kepada Terry menjelang perlawanan pusingan kelayakkan Piala Eropah 2012 menentang Wales di Cardiff, Sabtu ini.
Pelantikan itu juga mungkin kekal dengan Capello percaya pemain pertahanan Chelsea itu sudah insaf selepas dilucutkan jawatannya tahun lalu.
Bercakap buat kali pertama mengenai isu kapten, Terry menjelaskan, dia merupakan seorang pemain yang sering mencurahkan segala yang terdaya seperti yang diminta pengurus untuk memastikan England mencapai kemenangan.
"Kemenangan ke atas Wales adalah cukup penting kerana ia merupakan perlawanan getir.
"Saya melupakan kenangan pahit selepas dilucutkan jawatan sebagai kapten, namun saya tidak pernah ada apa-apa masalah dengan pengurus.
"Saya juga tidak pernah berputus asa yang saya akan kembali sebagai kapten England.
"Ketika pengurus memberitahu saya dalam mesyuarat di Wembley bahawa saya dipecat, keputusan itu diterima saya dengan hati terbuka biarpun saya tidak begitu bersetuju dengannya.
"Di saat itu, saya tetap berjabat tangan dengan Capello dan Franco Baldini (penolong pengurus) dan memaklumkan kepada mereka saya sentiasa memberikan 100 peratus.
"Saya sentiasa menghormati Capello sebagai seorang jurulatih dan pengurus," jelas Terry.
Jumaat, 18 Mac 2011
Lee Chong Wei menang ALL England 2011
Prime minister Najib Tun Razak phoned Lee moments after the Malaysian had beaten rival Lin Dan in a riveting All England final. And no sooner had the world No 1 landed in Kuala Lumpur than he was being lauded at his official residence on Tuesday morning.
In a speech, Najib believed that the 28 year-old could finally win Malaysia's first gold medal at next year's Olympics after Lin beat Lee in the Beijing final in 2008.
"This is my hope and the hope of 27 million Malaysians," Najib said.
"This is our big ambition (in sports), our supreme dream that requires the effort of all to turn into reality."
Sabtu, 12 Mac 2011
Hafiz semoga terus berjaya
Jaguh perseorangan badminton negara, Muhammad Hafiz Hashim mengimpikan penampilan sulung pada Sukan Olimpik tahun depan selepas mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) dan pengeluar barangsan sukan China, Li Ning sebagai penaja.
Hafiz yang meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Februari lalu melaungkan keazaman untuk bangkit daripada karier yang suram apabila beraksi dalam beberapa kejohanan utama Siri Super Premier, Siri Super dan Grand Prix Emas.
Menurutnya, Temasya London 2012 adalah peluang terakhirnya untuk beraksi di Olimpik kerana selepas itu usianya semakin meningkat dan dia berharap dapat menempatkan diri di antara lapan pemain terbaik dunia untuk layak secara automatik.
"Mungkin tahun ini saya akan bekerja lebih keras, kerana selain Sukan Olimpik saya juga mensasarkan untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di London (8-14 Ogos), jadi saya perlu berada pada tahap terbaik sepanjang tahun," katanya pada sidang media selepas Majlis Mengumumkan Penajaan KLRC dan jenama sukan terkemuka, Li Ning semalam.
Juara All England 2003 itu menandatangani perjanjian selama dua tahun dan opsyen dua tahun dengan Li Ning serta menyertai KLRC dengan kontrak satu tahun.
Ahad, 27 Februari 2011
League Cup 2011 Preview
Arsene Wenger akan menggunakan perlawanan akhir Piala Liga menentang Birmingham hari ini sebagai medan untuk membuktikan bahawa pasukan itu kini bersedia untuk mempamer potensi kejuaraan sebenar mereka.
Selepas pemain legenda skuad Gunners, Patrick Vieira berjaya mendapatkan kemenangan Piala FA pada 2005 menewaskan Manchester United, penyokong Arsenal tidak lagi dapatmeraikan kejayaan sedemikian hampir separuh dekad.
Pada perlawanan hari ini di Wembley, Wenger di jangka akan meletakan harapan kepada Jack Wilshere, Wojciech Szczesny, Gael Clichy, Alex Song dan Johan Djourou untuk beraksi pada perlawanan menentang Birmingham.
Jika kemenangan berjaya diperolehi oleh Arsenal pada perlawanan tersebut, sudah pasti ia akan menjadi satu kejayaan yang cukup gemilang buat kelab itu, selain membakar semangat pemain untuk terus melakar keunggulan terutama dalam perlawanan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.
Malah Wenger juga yakin generasi baru kini mampu menyumbang sesuatu yang amat bermakna buat Arsenal seandainya kejuaraan dapat dimiliki.
"Apa yang penting kini bukanlah apa yang berlaku pada lima tahun lalu, tetapi apa yang mampu kami lakukan pada masa kini.
"Kecemerlangan di Wembley akan membantu kami memperoleh lebih banyak keyakinan untuk mendapat trofi yang lain selepas ini.
"Kami mempunyai ikatan yang kuat di antara pemain dan tahap keyakinan yang baik untuk melangkah lebih jauh ke hadapan,'' kata Wenger.
Cesc Fabregas adalah antara pemain yang tidak dapat diturunkan pada perlawanan hari ini kerana kecederaan kaki, manakala Theo Walcott sudah pasti tidak akan beraksi berikutan kecederaan buku lali yang masih belum pulih.
Bagaimanapun, Robin van Persie dan Laurent Koscielny akan bermain semula setelah terlepas aksi Rabu lalu menentang Stoke.
Sementara itu, pengurus Birmingham, Alex McLeish mengakui bahawa pasukannya sukar untuk menandingi kekuatan individu yang ada pada pemain Arsenal.
Bagaimanapun McLeish tetap mengharapkan pengalaman yang ada pada pemainnya ketika menewaskan West Ham pada peringkat separuh akhir, dapat dijadikan bekalan bermakna buat semua anak buahnya. - AFP
Khamis, 24 Februari 2011
Olimpik 2012 lebih Utama!!!!
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tidak akan beraksi pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia, November ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai.
Chin Chai berkata, keputusan untuk tidak menyenaraikan Chong Wei, Kien Keat/Boon Heong pada Sukan Sea kali ini dibuat selepas mengambil kira persiapan ketiga-tiga pemain itu menjelang Sukan Olimpik 2012 di London.
“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira tentang program-program yang telah diatur bagi menghadapi Sukan Olimpik pada tahun depan.
“Kami (BAM) mahu mereka terus fokus kepada program-program itu tanpa ada sebarang gangguan,” kata Chin Chai selepas mempengerusikan mesyuarat C&T di pejabat BAM di Bukit Kiara semalam.
Ditanya sama ada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sudah mengetahui mengenai perkara tersebut, Chin Chai menjawab: “Beliau sudah mengetahui mengenai perkara ini.
Isnin, 21 Februari 2011
Wira Malaysia!!!
Azizulhasni wira tulen, habis pecutan dalam kesakitan AZIZULHASNI Awang sudah lama ada ‘sifat pahlawan’ dalam dirinya - mahu menang dengan apa cara sekali pun - jika ada ruang memecut dan awal pagi semalam gelagat itu hampir membawa padah pada diri jaguh trek negara itu.Anak muda dari Terengganu itu terbabit dengan pelanggaran teruk membabitkan tiga pelumba lain dalam final acara keirin di Kejohanan Trek Siri Piala Dunia di Manchester yang berakhir dengan serpihan kayu tujuh inci daripada trek tertusuk di betis kirinya, semalam.
Ahad, 20 Februari 2011
Oh Anuar Manan!!!
Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010, Anuar Manan mungkin sudah boleh melupakan impiannya untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia pada masa akan datang.
Ia ekoran tindakannya menarik diri bagi menghadapi Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2011 yang secara rasmi melabuhkan tirainya semalam.
Anuar membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai acara lepas beramai-ramai lelaki senior elit yang dijadualkan berlangsung di Universiti Teknologi Suranaree semalam selepas dilapor mengalami masalah kesihatan.
Bagaimanapun, timbul berita kurang enak sejak beberapa hari lalu yang mengatakan Anuar yang juga pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) sengaja mencari alasan tidak mahu bersaing pada ACC 2011, sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi perlumbaan Jelajah Malaysia (JM) 2011 bulan depan.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) ternyata kecewa dengan tindakan Anuar menarik diri daripada menyertai ACC 2011 sekalipun dia telah menyerahkan sijil sakit (MC) yang dikeluarkan Majlis Sukan Negara (MSN).
"Bukan saja peminat-peminat di tanah air tertanya-tanya mengapa Anuar menarik diri sedangkan dia masih ada masa untuk pulih daripada demam, malah ketiadaannya pada kejohanan kali ini menjadi bahan bualan di kalangan pegawai luar negara yang berada di Korat.
"Sebelum ini, ramai yang sudah mendengar berita Anuar akan beraksi pada ACC 2011. Mereka cukup teruja dengan kehadiran Anuar yang dianggap antara pemecut terbaik di rantau Asia ketika ini.-kosmo-
Jumaat, 18 Februari 2011
Preview Man Utd vs Crawley Town FA Cup
Aksi pusingan kelima Piala FA di Old Trafford pada awal pagi Ahad ini bakal menampilkan satu pertemuan istimewa antara Manchester United dan Crawley Town.
Ia bakal menjadi satu perlawanan yang cukup klasik apabila pasukan kerdil, Crawley berdepan juara 11 kali di stadium yang besar serta disiarkan secara langsung di kaca televisyen seluruh dunia.
Crawley muncul kelab kerdil pertama berjaya mara ke pusingan kelima sejak 1994 dan kini berhajat mencipta sejarah mara ke suku akhir selepas 97 tahun.
Selain para pemain yang tidak bermain sepenuh masa, skuad bimbingan Steve Evans kini sedang memburu tempat untuk beraksi dalam kempen liga buat pertama kalinya.
"Kami berjaya menewaskan tiga pasukan yang beraksi dalam saingan liga (Swindon Town, Derby County dan Torquay United).
"Jadi kelab kami ini memang layak untuk beraksi menentang United pada pertemuan yang hebat ini," kata fisioterapi pasukan Crawley, Mark Stein.
Stein yang merupakan bekas pemain Chelsea pernah merasai pengalaman tewas 0-4 kepada United ketika dia beraksi untuk kelab London itu pada final 1994.-kosmo-
Rabu, 16 Februari 2011
Torres hambar di CHELSEA FC
Fernando Torres terus hambar bersama pasukan barunya, Chelsea apabila buat kali kedua berturut-turut gagal menamatkan aksi penuh, kelmarin.
Pada pertemuan dengan Fulham yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu, penyerang yang dibeli dengan harga £50 juta (RM244.5 juta) dari Liverpool itu hanya beraksi 71 minit.
Torres digantikan dengan Didier Drogba selepas itu.
Namun pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti tetap mempertahankan tindakannya tidak meletakkan Drogba dalam kesebelasan utama sebaliknya menggunakan gandingan Torres dan Nicolas Anelka.
"Saya tak pasti sama ada Drogba gembira dengan keputusan yang saya buat ini. Tapi itu tak penting sebenarnya.
"Kami mahu menggilirkan pemain untuk memberi setiap pemain motivasi dan Torres memerlukannya apabila beraksi bersama kami.
"Bagi saya, Torres tetap beraksi dengan baik. Corak permainannya lebih baik berbanding ketika kami tewas 0-1 kepada Liverpool.
"Dia menggunakan kemampuan yang dimilikinya untuk melakukan gerakan dan mendapat beberapa peluang pada separuh masa pertama tetapi nasib tidak berapa baik.
"Saya terpaksa keluarkannya kerana kami perlukan tenaga segar daripada Drogba pada baki perlawanan," kata Ancelotti.
Pada aksi awal pagi semalam, pemain pertahanan baru Chelsea, David Luiz telah beraksi cukup baik biarpun dia menghadiahkan sepakan penalti kepada Fulham pada minit terakhir perlawanan.
Mujur penjaga gol Chelsea, Petr Cech berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Clint Dempsey.
Sabtu, 12 Februari 2011
Rizal Tisin mng emas ACC 2011
Selasa, 8 Februari 2011
ACC 2012 di Malaysia
Hasrat Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) tercapai apabila Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) mengumumkan Malaysia bakal menganjurkannya pada tahun depan.
Menurut Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad (gambar), pemilihan tersebut adalah satu penghargaan buat Malaysia kerana berpeluang menganjur kejohanan melibatkan negara-negara Asia baik acara trek mahupun lebuh raya.
"Saya mengucapkan terima kepada ACC kerana memilih Malaysia sebagai tuan rumah ACC 2012, ini adalah peluang terbaik buat negara kita menganjurkan beberapa acara sampingan bersempena kejohanan tersebut," katanya dalam dalam laman sosial, Facebook, semalam.
Jelasnya, selain menganjurkan acara bagi trek dan lebuh raya, Malaysia juga akan cuba untuk mengadakan Konvensyen dan Pameran Berbasikal ketika kejohanan itu dianjurkan nanti.
"Jika cukup peserta kita juga akan cuba mengadakan acara bagi paracycling dan buat pertama kali menganjurkan kejohanan bawah 23 tahun," jelas Naim yang sekarang ini berada di Korat, Thailand sempena ACC 2011 yang bermula, esok.
PKBM sebelum ini berusaha membida penganjuran ACC 2012 di Kuala Lumpur dalam usaha membolehkan lebih ramai pelumba negara layak beraksi di Sukan Olimpik 2012 di London.
Sebelum ini, Presiden PKBM, Abu Samah Wahab mengeluarkan kenyataan bahawa
penganjuran itu adalah penting kerana memberi kelebihan kepada pelumba negara dalam mengumpul mata melayakkan diri ke Olimpik 2012.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah ACC ialah pada September 2006 yang menyaksikan Malaysia menduduki tangga kelima terbaik dengan mengumpul satu emas, satu perak dan satu gangsa.
Misi mengumpul mata ke Olimpik bermula selepas tamatnya Sukan Asia Guangzhou, November lalu, seterusnya Siri Piala Dunia Klasik Melbourne 2-4 Disember, Cali, Colombia 16-18 Disember, Beijing 21-23 Januari lalu bagi acara trek.
Isnin, 7 Februari 2011
We Love United!! WE DO!!
Rekod tanpa kalah dalam 29 perlawanan United akhirnya musnah kepada Wolverhampton Wanderers yang merakam kemenangan bergaya 2-1 di Stadium Molineux, sekalipun United masih tidak terancam apabila Arsenal hanya mampu mencuri satu mata di St James’ Park.
Arsenal pula kerugian dua mata tetapi lega dengan kekalahan United yang kali terakhir tewas kepada Chelsea, April tahun lalu.
Birmingham melonjak keluar dari zon penyingkiran malam tadi selepas Nikola Zigic menyumbang gol tunggal perlawanan untuk menewaskan pasukan terbawah liga, West Ham 1-0 di Upton Park.
Zigic menanduk masuk sepakan percuma Sebastian Larsson pada minit ke-65 untuk meletakkan Birmingham satu mata di atas empat pasukan terbawah. – Reuters
Rabu, 19 Januari 2011
Selamat Pengantin Baru!!!!
“Sebanyak 500 kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan, tetapi kami menyediakan makanan untuk kira-kira 1,500 tetamu.
“Saya berharap dan berdoa supaya segala yang dirancang berjalan lancar dan selamat kerana ia hari penting dan detik bersejarah buat saya,” katanya, semalam.
Mohd Zaquan Adha menamatkan desas desus sebelum ini mengenai hubungannya dengan pelakon popular apabila mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober, tahun lalu.
Pemain penyerang itu mengakui keserasian hubungan mereka berdua kerana Ayu Raudhah, 26, bukan saja memahami kerjayanya sebagai pemain bola sepak, malah pelakon jelita itu sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya untuk terus berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa.
Isnin, 17 Januari 2011
Barca mengganas!!!
Barcelona membelasah Malaga 4-1 manakala Real Madrid diikat 1-1 oleh kelab tercorot, Almeria.
Barcelona mencapai peringkat pertengahan musim dengan mengumpul 52 mata daripada 19 permainan dengan menjaringkan 61 gol dan melepaskan hanya 11 gol.
Stadium The Red Warriors dibaiki
HASRAT peminat ‘tegar’ The Red Warriors untuk menyaksikan pasukan mereka terus beraksi di Stadium Sultan Muhammed Ke IV, Kota Bharu menjadi kenyataan apabila stadium tersebut kini dalam proses pemulihan dan menaik taraf fasiliti.
Selain itu, masalah lampu limpah sebelum ini yang tidak memenuhi spesifikasi sehingga hampir menyebabkan Kelantan terpaksa beraksi pada sebelah petang juga sedang dalam proses baik pulih dan akan disiapkan dalam tempoh terdekat ini.
Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu, kerja-kerja menaik taraf dan pemulihan stadium terutama melibatkan padang sedang dilakukan dan mungkin akan siap dalam tempoh seminggu lagi.
Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Perbadanan Stadium mendapat kerjasama dari segi kepakaran memulihkan padang daripada dua kelab golf iaitu Kelab Golf dan Desa Kelantan dan Kelab Diraja Darulnaim.
“Setakat ini keadaan semakin baik dan cuaca juga menyebelahi kita. Kerja-kerja dilakukan secara berterusan untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik.
“Buat masa ini kerja-kerja menebuk lubang untuk pengaliran udara sedang dijalankan dan kita akan menabur pasir sebelum kerja-kerja membaja dilakukan. Kita akan tunggu rumput tumbuh dan akan dipotong sebelum fasa terakhir meratakan padang dilakukan,” katanya ketika ditemui semalam.
Sabtu, 15 Januari 2011
Puvaneswaran UNGGUL!!!
Atlet karate negara, R. Puvaneswaran melakar kejutan apabila mengetepikan calon pilihan, yang juga jaguh berbasikal keirin dunia, Azizulhasni Awang apabila dinobat Olimpian Lelaki Negara 2010, semalam.
Datuk Nicol David pula menepati ramalan apabila pemain skuasy No. 1 dunia itu dipilih sebagai Olimpik Wanita Negara, mengetepikan saingan jaguh wusyu negara yang memenang pingat emas Sukan Asia, Chai Fong Ying dan atlet terjun, Pandelela Rinong.
Ia merupakan kemenangan kedua buat Nicol, selepas menerima anugerah yang sama untuk 1998. Kemenangan tersebut membolehkan Puvaneswaran dan Nicol masing-masing membawa pulang RM10,000 sumbangan Coca-cola beserta trofi. Hadiah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Puvaneswaran, pemenang pingat emas acara Kumite lelaki bawah 55kg pada Sukan Asia 2010, berkata, dia terkejut dan tidak menyangka dipilih sebagai pemenang.
‘‘Saya tidak menduga boleh terpilih sebagai pemenang kerana calon untuk kategori lelaki cukup hebat seperti Azizulhasni, Alex Liew (boling) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton).
‘‘Ini adalah pengiktirafan tertinggi yang saya terima sepanjang karier saya dalam sukan ini.
‘‘Lebih penting, anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada sukan karate, kerana saya adalah penerima pertama dari sukan karate,’’ katanya.
Selasa, 11 Januari 2011
Pelumba Negara perlu mantap untuk LTDL 2011
Pelumba kebangsaan mampu menyaingi 22 pasukan handal pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011, yang bermula 23 Januari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja LTdL 2011, Datuk Salim Parlan percaya, penyertaan pasukan handalan dari seluruh dunia, mampu melonjakkan kualiti kayuhan pasukan kebangsaan Malaysia, sekali gus merealitikan impian menjadikan skuad lebuh raya negara digeruni di rantau Asia.
Menurutnya, ini selaras dengan tindakan penganjur kejohanan yang bertujuan untuk memberi ujian getir bertaraf dunia kepada skuad lebuh raya Malaysia.
"Penganjur menjemput 23 pasukan yang kuat, 10 daripadanya adalah pasukan pro benua dari Eropah. Malaysia adalah antara tiga pasukan kebangsaan selain Korea Selatan dan Afrika Selatan.
"Saya dimaklumkan pasukan pro benua yang menyertai perlumbaan kali ini adalah kelab yang permohonannya ditolak Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk menjadi kelab Pro Tour.
"Jadi ini bermakna standard LTdL 2011 sangat kompetetif dan bagus kepada skuad kebangsaan Malaysia.
"Jadi, saya harap skuad lebuh raya negara ambil kesempatan ini untuk mengukur standard kayuhan mereka apabila bersaing dengan kelab pro benua yang kuat," katanya selepas kempen Yellowride di Sitiawan, semalam.
Kempen Yellowride Sitiawan adalah acara pra kejohanan LTdL 2011 dan sebelum ini ia diadakan di Jasin, Melaka pada 25 Disember lalu.
Antara pasukan pro benua yang dianggap kuat pada LTdL 2011 ialah Androni, Colnago-CSF, Landbouwkrediet, Tabriz Petrochemical Cycling Team dan Drapac Professional Cycling Team, selain cabaran pasukan kebangsaan Korea Selatan dan Afrika Selatan.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2011, Mohamed Salleh menegaskan, pasukan kebangsaan yang baru dilatih jurulatih Australia, Graham Seers telah diberikan pendedahan berlatih yang mencukupi di Melbourne, sejak Julai lalu.
"Beberapa pelatih kebangsaan yang sedang menjalani latihan intensif bersama Seers sekarang telah berlatih hampir sebulan di Melbourne sejak Julai lalu.
"Dalam tempoh itu, mereka juga menyertai beberapa kejohanan kompetitif di Australia dan ada yang menang.
Khamis, 6 Januari 2011
Selamatkan Chong Wei!!!
Permasalahan itu segera mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mahu segera ia diselesaikan sebelum berlarutan dan menjejaskan urusan kerja badan induk itu terus dalam situasi porak peranda.Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dia menjemput presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh ke pejabatnya pagi semalam bagi membincangkan perkara itu dan untuk berlaku adil, dia juga sedang mengaturkan pertemuan dengan Misbun di sebelah malam (malam tadi) untuk mendapat gambaran yang telus dan sebenar.“Apa juga keputusan sama ada Misbun meneruskan perkhidmatannya atau tidak, kita kena ingat ia dibuat demi kepentingan negara. Taraf badminton kita sudah berada di peringkat dunia dan kita tidak mahu sukan ini malap.
“Mungkin apa yang berlaku ini hanyalah salah faham yang menyebabkan Misbun tidak gembira.
“Sekiranya mereka perlukan bantuan saya, saya akan bantu,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Nadzmi yang ditemani beberapa anggota jawatankuasa eksekutif BAM di pejabatnya di Putrajaya, semalam.
Menjawab pertanyaan pemberita yang musykil apabila Nadzmi tidak turut sama dalam sidang media itu, Ahmad Shabery berkata, presiden BAM itu tidak mahu berdepan dengan media bagi mengelakkan kekeruhan ataupun disalah tafsir mengenai isu yang belum selesai.
“Nadzmi kelihatan tenang tadi dan mereka (BAM) tidak mendapat alasan daripada Misbun mengapa dia meletakkan jawatan. Kenyataan mereka konsisten, sama seperti sebelum ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut butiran pertemuan.
Ahad, 2 Januari 2011
RM220 Million Meriahkan kembali liga M !!!
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat suntikan penajaan baru empat tahun yang lumayan bagi Liga Malaysia mulai musim ini yang berjumlah RM220 juta apabila melantik Astro Media sebagai rakan media sekali gus ejen pemasarannya.
Penajaan itu meliputi hak penyiaran yang bernilai RM30 juta setiap tahun manakala RM100 juta lagi bakal dilaburkan syarikat TV satelit berbayar itu bagi kegiatan promosi bola sepak dan luar gelanggang tanpa menghalang kerjasama dengan rangkaian TV lain yang ditonton percuma. - Utusan
Rooney temui sentuhan!!!
Kemenangan itu kembali mengukuhkan United di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 41 mata dan satu perlawanan dalam tangan di depan pencabar lain termasuk pasukan tangga kedua Manchester City, yang turut ke pada beberapa jam selepas itu.
West Brom yang sesekali melancarkan serangan pantas mendapat peluang untuk berada di depan pada minit ke-62 selepas dihadiahkan sepakan penalti tetapi sepakan Odimwingie jauh tersasar ketika penjaga gol, Tomasz Kuszczak sudah merebahkan badan ke sebelah kanan gawang.
Namun tandukan jarak dekat pada minit ke-72 oleh pemain gantian dari Mexico, Hernandez yang tidak dikawal ketika sepakan sudut membolehkan United bernafas lega dan bertahan sehingga permainan tamat. – Agensi
Tahniah Harimau Malaya
“Ini adalah langkah permulaan untuk kita mengorak langkah lebih jauh dalam arena bola sepak, khususnya di peringkat antarabangsa. Kemenangan ini (menjuarai Piala AFF) adalah pembakar semangat untuk kita lebih maju ke depan, khususnya di pentas antarabangsa,” katanya.
Malaysia muncul juara Piala AFF buat julung kalinya selepas menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat dalam perlawanan final timbal balas di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Sabtu lalu.
Kata Ahmad Shabery, tanpa semangat juang tinggi yang ditunjukkan ketika final kedua di Jakarta, sukar bagi skuad digelar Harimau Malaya itu untuk mencipta kejayaan, khususnya dalam situasi tertekan diasak penyokong Indonesia dari segenap penjuru di gelanggang lawan.
“Belum ada dalam sejarah bola sepak dunia, pemain dibawa masuk ke stadium menggunakan kereta perisai. Kereta perisai lazimnya digunakan tentera untuk berperang, bukan untuk bawa pemain bola sepak masuk stadium,” katanya pada Majlis Program Komuniti Sihat peringkat Parlimen Kemaman, di Kampung Gong Limau, Chukai, semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, walaupun skuad negara tewas 1-2 pada final kedua itu, semangat juang tinggi yang pemain muda negara tunjukkan di sepanjang 90 minit perlawanan, melayakkan mereka untuk digelar wira negara.