Aksi pusingan kelima Piala FA di Old Trafford pada awal pagi Ahad ini bakal menampilkan satu pertemuan istimewa antara Manchester United dan Crawley Town.
Ia bakal menjadi satu perlawanan yang cukup klasik apabila pasukan kerdil, Crawley berdepan juara 11 kali di stadium yang besar serta disiarkan secara langsung di kaca televisyen seluruh dunia.
Crawley muncul kelab kerdil pertama berjaya mara ke pusingan kelima sejak 1994 dan kini berhajat mencipta sejarah mara ke suku akhir selepas 97 tahun.
Selain para pemain yang tidak bermain sepenuh masa, skuad bimbingan Steve Evans kini sedang memburu tempat untuk beraksi dalam kempen liga buat pertama kalinya.
"Kami berjaya menewaskan tiga pasukan yang beraksi dalam saingan liga (Swindon Town, Derby County dan Torquay United).
"Jadi kelab kami ini memang layak untuk beraksi menentang United pada pertemuan yang hebat ini," kata fisioterapi pasukan Crawley, Mark Stein.
Stein yang merupakan bekas pemain Chelsea pernah merasai pengalaman tewas 0-4 kepada United ketika dia beraksi untuk kelab London itu pada final 1994.-kosmo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan