Selasa, 31 Ogos 2010

Closing Date Summer Transfer Window 2010

Hari ini merupakan hari terakhir sebelum jendela perpindahan pemain bagi musim 2010 ditutup secara rasmi menjelang 12:00 tgh malam British Time.

Semua pengurus pasukan EPL akan terus mencongak nasib pasukan masing2 kerana peraturan baru English Premier League musim ini menetapkan cuma 25 pemain boleh disenaraikan sebelum jendela perpindahan dibuka semula pada 1 Januari 2011. Peraturan baru menetapkan daripada 25 pemain tersebut 8 pemain haruslah 'Homeground Player' yang mana bermain untuk kelab di England mahupun Wales 3 tahun sebelum berusia 21 tahun. Ini bermakna kelab tidak boleh lagi sewenang-wenangnya membeli 25 pemain asing bagi pasukan mereka. Di samping itu pemain di bawah 21 tahun boleh digunakan tanpa had.

Bagi pasukan Man Utd, Jack Rodwell 19 tahun dari Everton FC dikaitkan dengan pembelian mengejut hari ini. Di samping itu 2 pemain Man City Robinho dan Santa Cruz juga dijangka meninggalkan pasukan masing2 hari ini. Robinho dikaitkan dengan AC Milan sementara Santa Cruz dikaitkan dengan Lazio. Liverpool juga masih mahu membentuk skuad yang lebih mantap setelah mendapatkan khidmat pemain handalan Portugal Raul Meireles dari FC Porto kelmarin dengan harga sekitar 12 million Pounds, Roy Hodgson juga dikatakan masih berminat untuk mendapatkan beberapa pemain lagi sebelum jendela ditutup. Bagi Chelsea FC, Carlo Ancelotti menegaskan mereka telah selesai setelah mendapatkan khidmat Ramires dari Benfica dan Yossi Benayoun dari Liverpool. Bagi pasukan Arsenal mereka masih cuba utk mendapatkan Mark Schwarzer sementara Fulham dikatakan berminat mendapatkan Shay Given dari Man City seandainya Schwarzer berhijrah ke Arsenal.

Sama-sama kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku hari ini.

Isnin, 30 Ogos 2010

Most Popular Sports in the World



1) Football/Soccer ( 3,5 billion Fans )
2) Cricket ( 3 billion Fans )
3) Field Hockey ( 2,2 billion Fans )
4) Tennis ( 1 billion Fans )
5) Volleyball ( 900 million Fans )
6) Ping Pong ( 900 million Fans )
7) Baseball ( 500 million Fans )
8) Golf ( 400 million Fans )
9) American Football ( 400 million Fans )
10) Basketball ( 400 million Fans )

Malaysia Juara Hoki Cabaran 5 Negara INSEP

Malaysia muncul juara Cabaran Hoki 5 Negara INSEP di Paris, Perancis setelah membenam cabaran tuan rumah Perancis pada perlawanan terakhir semalam. Malaysia menewaskan Perancis 4-2. Dalam saingan sebelum ini Malaysia menewaskan Poland 3-2, serta menewaskan Scotland 3-1 sebelum tumpas 1-4 di tangan Ireland. Malaysia muncul juara dengan memungut 9 mata diikuti Ireland dengan 8 mata, Scotland di tangga ketiga dengan 6 mata diikuti Perancis 4 mata dan Poland 1 mata.

Malaysia terus kempunan

KKK/TBH gagal menjuarai kejohanan Badminton Dunia 2010 selepas tumpas 18-21, 21-18, 21-14 kepada pasangan utama China Chai Yun/Fu Haifeng dalam masa 62 minit. Bergelar Naib Juara Dunia merupakan sesuatu yang sangat membanggakan. Diharapkan KKK/TBH terus maju jaya di masa akan datang.

Ahad, 29 Ogos 2010

Adakah hari ini bakal mencipta sejarah buat Malaysia?

Malaysia mempunyai sejarah yang amat gemilang dalam sukan badminton, pemain-pemain seperti Eddy Choong, Punch Gunalan, Misbun Sidek, Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Yong Hock Kin, Wong Choon Hann dan pemain nombor satu dunia masa kini Dato Lee Chong Wei telah memberikan Malaysia banyak gelaran Dunia termasuklah kejuaraan All England, kejuaraan Piala Thomas dan menjadi penyumbang utama pingat emas buat Malaysia di Sukan Komanwel (boleh dikatakan simpanan tetap untuk Malaysia di Sukan Komanwel), Sukan Sea mahupun Sukan Asia.

Cuma hanya dua gelaran yang belum pernah dinikmati Malaysia adalah pingat emas sukan Olimpik dan juga kejuaraan Badminton Dunia.

Badminton jarang menghampakan Malaysia di Sukan Olimpik kerana setakat ini semua pingat yang diperoleh Malaysia adalah dari sukan ini. Sukan Olimpik Barcelona 1992 (1 gangsa, Razif/Jailani), Sukan Olimpik Atlanta 1996 ( 1 perak, Cheah Soon Kit/ Yap Kim Hock dan 1 gangsa Rashid Sidek ) serta yang terbaru Sukan Olimpik Beijing 2008 ( 1 perak sumbangan Dato Lee Chong Wei ).

Gandingan utama negara Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong hanya memerlukan satu lagi permainan untuk merealisasikan hasrat Malaysia untuk mengungguli Kejuaraan Badminton Dunia buat kali pertama dalam sejarah negara. Mereka bakal berdepan cabaran jaguh utama China yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Chai Yun/Fu Haifeng. Peluang buat kedua-dua pasangan ini adalah 50-50. Dan untuk menang perlawanan Akhir sesuatu kejohanan utama memerlukan Fokus dan kosentrasi yang tinggi buat para pemain. Apa-apa pun keputusan pasangan negara ini semestinya telah berusaha sebaik mungkin untuk membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Selamat berjuang wira-wira Malaysia!!

Nicol juarai Terbuka Hong Kong 2010

Nicol ann David menjuarai kejohanan Terbuka Hong Kong 2010 selepas mudah membenam cabaran jaguh squash England 11-6, 12-10, 12-10 dalam masa 40 minit. Tahniah Nicol!!

Sabtu, 28 Ogos 2010

KKK/TBH ke Final

KKK/TBH melangkah ke babak akhir kejohanan Badminton Dunia di Paris selepas mengetepikan cabaran beregu China, Guo Zhendong/Xu Chen 21-14, 21-18 sebentar tadi. Esok pasangan ini bakal menentang pemenang pertemuan antara Markis Kido/Hendra Setiawan dan Chai Yun/Fu Haifeng.

Carling Cup 2010 Third Round Draw

Most Successful Club : Liverpool FC ( 7 )
Current Champion : Man Utd ( 4 )
Full Draw:
Brentford v Everton
Portsmouth v Leicester
Stoke v Fulham
Chelsea v Newcastle
Aston Villa v Blackburn
Tottenham v Arsenal
Millwall v Ipswich
Wolves v Notts County
Burnley v Bolton
Birmingham v MK Dons
Liverpool v Northampton Town
Scunthorpe v Manchester United
West Brom v Man City
Sunderland v West Ham
Peterborough v Swansea
Wigan v Preston

Nicol ke Akhir

Dato Nicol Ann David tidak bermasalah ke babak akhir kejohanan Squash Terbuka Hong Kong selepas mudah mengalahkan jaguh Australia, Rachel Grinham 11-9, 11-9, 11-5 dalam masa 35 minit. Pada pertemuan akhir esok Nicol bakal berdepan Jenny Duncalf dari England.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Nicol Ann David to Semi Final

Nicol Ann David hanya selangkah lagi mempertahankan kejuaraan Squash Terbuka Hong Kong selepas mudah menjinakkan pemain England Laura Massaro dalam masa 36 minit.
Nicol mengatasi Laura 7-11, 11-4, 11-4, 11-4 bagi menempah pertembungan separuh akhir menentang jaguh Australia Rachel Grinham.

Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong through

Gandingan utama negara KKK/TBH memerlukan 72 minit bagi mengesahkan kemaraan mereka ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia di Paris. Mereka menjinakkan pasangan handalan Korea Selatan 23-25,21-13,21-14 sebentar tadi.

Rabu, 25 Ogos 2010

Man Utd Trophies Gallery


Man Utd is one of the most successful Football club in the World.

Players like Sir Bobby Charlton, George Best, Dennis Law, Mark Hughes, Steve Bruce, Eric Cantona, Roy Keane, Ryan Giggs, David Beckham, Paul Scholes, Gary Neville, Cristiano Ronaldo and Wayne Rooney make Man Utd FC very successful in English football history.

2 most successful manager Sir Matt Busby, and Sir Alex Ferguson put Man Utd in their track to achieve more glory in the future.


Man Utd have won overall 37 Major Trophy 3 shy of Liverpool FC with 40.


EPL: 18 (Record share with Liverpool FC)

FA Cup: 11 (Record)

League Cup: 4


European/Champions League: 3

UEFA Cup Winner Cup: 1

Selasa, 24 Ogos 2010

Greatest History of Liverpool FC


Liverpool FC can be considered as the one of the most successful Football Club in English history.

With the manager like Bill Shankly, Bob Paisley, Kenny Dalglish. Liverpool FC have won 40 major Trophy overall


EPL: 18 (Record share with Man Utd)

FA Cup: 7

League Cup: 7 (Record)


European/Champions League: 5 (Most for English Club)

EUFA Cup/Europa League: 3


Dato Lee Chong Wei mara



Dato Lee Chong Wei mudah melangkah ke pusingan kedua kejohanan Badminton Dunia di Paris semalam selepas mudah menumbangkan pemain tidak ternama Kevin Cordon dari Guatemala dengan kemenangan mudah 21-7, 21-11 dalam masa 26 minit. Menanti Lee Chong Wei di pusingan kedua nanti adalah rakan senegara Muhammad Hafiz Hashim yang mudah mengetepikan kemaraan pemain Belgium Tan Yuhan 21-13,21-15 dalam masa kurang setengah jam.