Isnin, 17 Januari 2011

Barca mengganas!!!

Barcelona meraih gol ke-61 musim ini, sekali gus melebarkan jurang pendahuluan dengan empat mata dalam Liga Sepanyol apabila Real Madrid tercicir dalam saingan awal pagi tadi.

Barcelona membelasah Malaga 4-1 manakala Real Madrid diikat 1-1 oleh kelab tercorot, Almeria.

Andres Iniesta membuka jaringan untuk Barcelona sebelum Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi, mengumpan untuk David Villa menjaringkan gol pertama daripada dua golnya dalam perlawanan itu.
Pedro Rodriguez menambah satu lagi gol untuk Barcelona.

Barcelona mencapai peringkat pertengahan musim dengan mengumpul 52 mata daripada 19 permainan dengan menjaringkan 61 gol dan melepaskan hanya 11 gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan