Ahad, 20 Februari 2011

Oh Anuar Manan!!!


Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010, Anuar Manan mungkin sudah boleh melupakan impiannya untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia pada masa akan datang.

Ia ekoran tindakannya menarik diri bagi menghadapi Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2011 yang secara rasmi melabuhkan tirainya semalam.

Anuar membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai acara lepas beramai-ramai lelaki senior elit yang dijadualkan berlangsung di Universiti Teknologi Suranaree semalam selepas dilapor mengalami masalah kesihatan.

Bagaimanapun, timbul berita kurang enak sejak beberapa hari lalu yang mengatakan Anuar yang juga pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) sengaja mencari alasan tidak mahu bersaing pada ACC 2011, sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi perlumbaan Jelajah Malaysia (JM) 2011 bulan depan.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) ternyata kecewa dengan tindakan Anuar menarik diri daripada menyertai ACC 2011 sekalipun dia telah menyerahkan sijil sakit (MC) yang dikeluarkan Majlis Sukan Negara (MSN).

"Bukan saja peminat-peminat di tanah air tertanya-tanya mengapa Anuar menarik diri sedangkan dia masih ada masa untuk pulih daripada demam, malah ketiadaannya pada kejohanan kali ini menjadi bahan bualan di kalangan pegawai luar negara yang berada di Korat.

"Sebelum ini, ramai yang sudah mendengar berita Anuar akan beraksi pada ACC 2011. Mereka cukup teruja dengan kehadiran Anuar yang dianggap antara pemecut terbaik di rantau Asia ketika ini.-kosmo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan