Jumaat, 25 November 2011

Tahniah, Kontinjen Malaysia!!!

Malaysia berjaya menggondol 59 pingat emas bagi edisi kali ke 26. Menjadikan jumlah keseluruhan pingat emas yang pernah dimenangi negara ke temasya yang terbesar di Asia Tenggara berkenaan mencecah angka 999. Kurang satu pingat emas melengkapkan 1000.

Tahniah, buat semua Atlet dan Pegawai yang telah bekerja keras bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Semoga terus maju jaya di masa yang akan datang.

Sabtu, 12 November 2011

Sasaran 60 Emas .. Mampukah Malaysia?

Setakat edisi ke 25 di Laos. Malaysia telah berjaya mendapat 940 pingat emas. Jika pada edisi kali ini Malaysia mampu mendapat 60 pingat emas. Malaysia bakal mengumpul sejumlah 1000 pingat emas di sepanjang kejohanan ini.