Rabu, 20 Oktober 2010

Rooney oh Rooney!!

Manchester City sedia membuat tawaran perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak dengan pakej berjumlah £100 juta (RM493 juta) bagi mendapatkan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.

Wayne Rooney dilaporkan enggan menandatangani kontrak baru bersama United yang dikatakan masih kurang walaupun bakal menjadikan beliau salah seorang pemain termahal di England.

Isnin, 18 Oktober 2010

Tahniah buat wira-wira negara di Delhi 2010


Tahniah!!! buat semua atlet2 Malaysia yang beraksi di Sukan Komanwel Delhi 2010.

Kejayaan merangkul 12 emas merupakan sesuatu di luar jangkaan, nama-nama baru seperti Pandalela Rinong, Elaine Koon, Arrico Jumitih meletakkan Malaysia kini sebagai salah satu kuasa sukan dunia. Nama-nama seperti Dato Nicol Ann David, Dato Lee Chong Wei, Josiah Ng, KKK/TBH sudah meletakkan suatu tanda aras yang cukup tinggi buat semua atlet2 di Malaysia.

Tahniah dan Terima Kasih di atas segala penat lelah, keringat, darah dan air mata yang ditumpahkan untuk memahat nama negara di persada dunia.