Isnin, 7 Februari 2011

We Love United!! WE DO!!



PEMAIN Wolves,  Kevin Doyle (tengah) menjaringkan gol kemenangan dalam  saingan EPL bertemu United di  Stadium Molineux, kelmarin.
PEMAIN Wolves, Kevin Doyle (tengah) menjaringkan gol kemenangan dalam saingan EPL bertemu United di Stadium Molineux, kelmarin.
LONDON: Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin meledak dengan rekod 41 gol yang turut melihat rekod baru pendahulu, Manchester United tersungkur buat kali pertama musim ini, kepada pasukan tangga tercorot, dan pencabar terdekat Arsenal mensia-siakan pendahuluan 4-0 sebelum akur seri 4-4 dengan Newcastle.

Rekod tanpa kalah dalam 29 perlawanan United akhirnya musnah kepada Wolverhampton Wanderers yang merakam kemenangan bergaya 2-1 di Stadium Molineux, sekalipun United masih tidak terancam apabila Arsenal hanya mampu mencuri satu mata di St James’ Park.

Impian pengurus Alex Ferguson, untuk mengulangi musim sempurna Arsenal 2003/2004 tidak kesampaian sekalipun Nani meletakkan United di depan seawal minit ketiga sebelum Wolves bangkit dengan dua gol George Elokobi dan Kevin Doyle sebelum rehat bagi memberikan tiga mata berharga kelab Midlands itu.
“Kami amat kecewa, terutama selepas mendahului pada awal permainan,” kata Ferguson. “Keputusan ini adalah hasil permainan buruk ketika bola mati. Ia menjadi kunci permainan dan kami gagal memanfaatkannya.”

Arsenal pula kerugian dua mata tetapi lega dengan kekalahan United yang kali terakhir tewas kepada Chelsea, April tahun lalu.

Birmingham melonjak keluar dari zon penyingkiran malam tadi selepas Nikola Zigic menyumbang gol tunggal perlawanan untuk menewaskan pasukan terbawah liga, West Ham 1-0 di Upton Park.

Zigic menanduk masuk sepakan percuma Sebastian Larsson pada minit ke-65 untuk meletakkan Birmingham satu mata di atas empat pasukan terbawah. – Reuters

We Love United!! WE DO!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan