Ahad, 27 Februari 2011

League Cup 2011 Preview

Ramalan SPORT TO YOU, Arsenal 2-0 Birmingham

Arsene Wenger akan menggunakan perlawanan akhir Piala Liga menentang Birmingham hari ini sebagai medan untuk membuktikan bahawa pasukan itu kini bersedia untuk mempamer potensi kejuaraan sebenar mereka.

Selepas pemain legenda skuad Gunners, Patrick Vieira berjaya mendapatkan kemenangan Piala FA pada 2005 menewaskan Manchester United, penyokong Arsenal tidak lagi dapatmeraikan kejayaan sedemikian hampir separuh dekad.

Pada perlawanan hari ini di Wembley, Wenger di jangka akan meletakan harapan kepada Jack Wilshere, Wojciech Szczesny, Gael Clichy, Alex Song dan Johan Djourou untuk beraksi pada perlawanan menentang Birmingham.

Jika kemenangan berjaya diperolehi oleh Arsenal pada perlawanan tersebut, sudah pasti ia akan menjadi satu kejayaan yang cukup gemilang buat kelab itu, selain membakar semangat pemain untuk terus melakar keunggulan terutama dalam perlawanan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Malah Wenger juga yakin generasi baru kini mampu menyumbang sesuatu yang amat bermakna buat Arsenal seandainya kejuaraan dapat dimiliki.

"Apa yang penting kini bukanlah apa yang berlaku pada lima tahun lalu, tetapi apa yang mampu kami lakukan pada masa kini.

"Kecemerlangan di Wembley akan membantu kami memperoleh lebih banyak keyakinan untuk mendapat trofi yang lain selepas ini.

"Kami mempunyai ikatan yang kuat di antara pemain dan tahap keyakinan yang baik untuk melangkah lebih jauh ke hadapan,'' kata Wenger.

Cesc Fabregas adalah antara pemain yang tidak dapat diturunkan pada perlawanan hari ini kerana kecederaan kaki, manakala Theo Walcott sudah pasti tidak akan beraksi berikutan kecederaan buku lali yang masih belum pulih.

Bagaimanapun, Robin van Persie dan Laurent Koscielny akan bermain semula setelah terlepas aksi Rabu lalu menentang Stoke.

Sementara itu, pengurus Birmingham, Alex McLeish mengakui bahawa pasukannya sukar untuk menandingi kekuatan individu yang ada pada pemain Arsenal.

Bagaimanapun McLeish tetap mengharapkan pengalaman yang ada pada pemainnya ketika menewaskan West Ham pada peringkat separuh akhir, dapat dijadikan bekalan bermakna buat semua anak buahnya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan