Sabtu, 25 Disember 2010

Jangan Gentar

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengajak rakyat negara ini memanfaatkan harga tiket yang murah untuk bersama-sama memberi sokongan kepada skuad kebangsaan pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Katanya, harga tiket serendah RM30 seharusnya menjadi perangsang buat seluruh penduduk negara hadir ke stadium untuk menguatkan lagi jentera negara pada perlawanan penting ini.

"Penuhkan stadium kerana dengan sokongan yang ada sudah semestinya kelebihan bertambah besar buat kita. Lagipun tiket disini begitu murah jika dibandingkan di Indonesia, yang mana itu jelas menghairankan ramai penyokong lawan yang tidak menjangka tiket grand stand kita pun sekadar bernilai RM50 sahaja," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pagi skuad negara di padang Wisma FAM, semalam.

Turut hadir adalah Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad

Tambah Shabery, dia juga percaya penjualan tiket pasti meningkat menjelang hari pertandingan nanti kerana sikap 'lambat panas' rakyat tempatan adalah sesuatu yang biasa.

Pada pertemuan dengan kesemua barisan pemain semalam, Shabery sempat meniupkan kata-kata semangat terhadap mereka, dengan memberitahu, Malaysia mempunyai segala-gala kelebihan berbanding pasukan lawan.

Jumaat, 24 Disember 2010

Ratah Indonesia

Malaysia seharusnya menggunakan kesempatan yang terhidang pada hari Ahad ini dengan mengimbangi kekuatan Indonesia yang membeli Awang Import semata-mata mahu menaikkan imej bola sepak mereka dengan pantas. Tiada apa yang perlu ditakutkan oleh anak-anak buah K. Rajagopal untuk menentang pasukan Indonesia. Lawan bermati-matian dan penuh bersemangat. Fokus sepanjang 94 minit perlawanan dan saling membantu di setiap posisi agar Malaysia mampu menumbangkan ego pasukan seberang yang jelas berbangga kerana berjaya menundukkan Malaysia 5-1 sebelum ini.
Ayuh!!!! Pemain-pemain Malaysia buktikan kalian adalah wira-wira baru bola sepak Malaysia, kami dah muak mendengar sejarah kehebatan bola sepak Malaysia. Kami mahukan hari ini dan hari mendatang yang lebih cemerlang. Buktikan kepada Shebby, Santokh Singh, Azman Adnan bahawa pemain hari ini mampu lebih berjaya berbanding legasi bola sepak Malaysia yang terdahulu.
Sebenarnya peminat bola sepak Malaysia mendambakan kejayaan yang berterusan daripada pasukan bola sepak kita. Selepas kejayaan di Sukan SEA 2009. Kita di landasan yang betul untuk terus berada sebaris dengan pasukan handalan Asia. Tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan duduk sebaris dengan Korea Selatan dan Jepun kembali dalam arena bola sepak asia.
Akhir kalam, Majulah Sukan untuk Malaysia. Salam Sukan

Lawan tetap Lawan

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap skuad negara mampu mencapai kemenangan 3-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini sebagai bekalan selesa mereka.

Katanya, jaringan pendahuluan itu pasti menyulitkan hasrat lawan yang turun bertemankan penyokong fanatik pada perlawanan kedua di Gelora Bung Karno, Jakarta sekali gus meletakkan anak buah K. Rajagobal menghampiri piala berprestij bola sepak rantau Asia Tenggara itu.

“Saya berharap dan meramalkan kita perlu menang 3-0 di sini, sebagai bekalan selesa sebelum bertandang ke Jakarta (Rabu ini),” katanya pada sesi latihan skuad negara di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam, menjelang pertembungan buku dengan ruas itu.

Mengenai ganjaran, Tengku Abdullah memilih untuk merahsiakan bentuk imbuhan sekiranya skuad negara berjaya menjulang kali pertama piala berkenaan, walaupun pelbagai pihak Indonesia awal-awal lagi mengumumkan ganjaran lumayan buat anak buah Alfred Riedl itu.

“Ganjaran bagi kejayaan mereka akan ditetapkan selepas kedua-dua perlawanan. Ia tetap ada, malah dalam kejayaan ketika beberapa perlawanan lalu, kita sudah berikannya,” katanya yang menyeru kehadiran dan sokongan ribuan penyokong Harimau Malaya ke Bukit Jalil

Selasa, 21 Disember 2010

Ayuh Sokong Malaysia

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap kebijaksanaan pihak tertentu dapat menimbang semula siaran langsung perlawanan akhir Piala Suzuki AFF di antara Malaysia dan Indonesia, hujung minggu ini.

Katanya, meskipun terdapat stesen televisyen berbayar yang menyiarkan aksi itu, ramai peminat sukan bola sepak tanah air mengharapkan siaran penuh di stesen milik kerajaan atau stesen tidak berbayar yang lain.

"Saya faham mereka juga mempunyai kekangan sendiri untuk menyiarakan perlawanan dan ia bukan di bawah bidang kuasa KBS untuk menentukan pilihan.

"Tetapi, saya mengharapkan adanya pertimbangan dari pihak terbabit dalam membuat ketetapan nanti," jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perdana Rakan Muda, di sini semalam.

Peminat bola sepak tempatan mungkin berdepan kelewatan siaran Ahad ini kerana RTM sekadar menyiarkan pertemuan akhir Malaysia dan Indonesia pada jam 8.30 malam, iaitu lewat 30 minit dari waktu perlawanan bermua.

Ini kerana, slot pada jam 8 malam diisi dengan Berita Nasional.

Ia mungkin menimbulkan keresahan buat mereka yang tidak melanggan saluran berbayar kerana terlepas separuh babak pertama.

Sabtu, 18 Disember 2010

Jangan Takut Vietnam

STADIUM My Dinh di Hanoi, Vietnam bakal menjadi saksi sama ada skuad bola sepak kebangsaan berjaya menamatkan badi separuh akhir atau terus kempunan untuk mara ke final selepas 14 tahun.

Di stadium tersebut malam ini, skuad negara akan berdepan Vietnam untuk meneruskan aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 setelah Malaysia menang 2-0 pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

Malaysia hanya pernah sekali melepasi pusingan separuh akhir iaitu pada edisi sulung 1996 dengan menewaskan Indonesia 3-1 tetapi tewas 0-1 kepada Thailand pada aksi final.

Enam edisi berikutnya, Malaysia empat kali tewas di separuh akhir kepada Thailand (2000), Indonesia (2002 & 2004) dan Singapura (2007) serta dua kali kandas di peringkat kumpulan (1998 dan 2008).

Namun menjelang pertemuan penting malam ini, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal enggan terlalu memikirkan rekod lampau sebaliknya mahu para pemain fokus mempertahankan kelebihan dua gol.

“Itu semua cerita lama. Kita tak boleh nak banding sangat kerana ia pasukan dengan jurulatih berbeza dan pemain juga berbeza.

Ahad, 12 Disember 2010

Lee Chong Wei win HK Open 2010

Lee Chong Wei 21-19, 21-9 Taufik Hidayat

Sazali Samad terus unggul

JUARA Mr Universe enam kali, Sazali Abdul Samad (gambar), menyumbang pingat emas pertama Malaysia melalui acara bina badan kategori lightweight 70kg pada Kejohanan Sukan Pantai Asia Kedua Muscat 2010 di Qurum National Park Amphitheater, Muscat, Oman, kelmarin.

Aksi Sazali yang penuh keyakinan nyata menjadi tumpuan dan tepukan gemuruh penonton ketika melakukan persembahan gaya bebas dengan gabungan latar belakang muzik bertemakan filem '’Robocop’ dan ‘Conan the Babarian’ lakonan Arnold Schwarzenegger.
“Saya sangat gembira bertanding buat julung kali dalam Kejohanan Pantai Asia dan seterusnya menjuarai gelaran ini. Ia adalah gelaran terbaru sebagai tambahan kepada kejuaraan yang sudah saya raih sepanjang karier dalam sukan bina badan dan saya sungguh teruja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Rabu, 8 Disember 2010

Malaysia menang bergaya

SKUAD negara berhak dihambur segala pujian berpandu kepada semangat dan komitmen tinggi ketika membelasah Laos, 5-1 di Palembang, malam tadi – intipati yang menghadiahkan mereka tiket berharga layak ke separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF.
Apapun, anak didik K Rajagobal satu ketika seperti berwajah kurang ceria selepas wisel penamat di Stadium Jaka Baring kerana lebih bimbang dengan penyudahan keputusan di Jakarta membabitkan Indonesia menentang Thailand ketika kemenangan buat Thailand akan melenyapkan terus peluang kemaraan mereka.

Isnin, 6 Disember 2010

Hagreaves oh Hagreaves

- Manchester United dijangka bersedia menanggung kerugian £34.5 juta (RM171 juta) ke atas Owen Heargreaves (gambar) dengan membenarkan pemain yang sering dilanda kecederaan itu meninggalkan Old Trafford secara percuma hujung musim ini.

Hargreaves telah membuat 39 penampilan buat United sejak menyertai kelab itu pada musim panas 2007 dan mempunyai baki selama enam bulan dalam kontraknya.

Bekas bintang Bayern Munich itu mengalami kecederaan di kedua belah lutut yang kerap kali memerlukan pembedahan.

Hajatnya untuk kembali membuat penampilan ketika menentang West Brom Oktober lalu.

Ahad, 5 Disember 2010

Piala AFF 2010: Malaysia 0-0 Thailand

SKUAD bola sepak kebangsaan berjaya mengikat juara tiga kali, Thailand dengan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi kedua Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010 di Gelora Bung Karno, Jakarta petang semalam.

Secara matematik, Malaysia masih berpeluang ke separuh akhir jika menewaskan Laos pada aksi terakhir Selasa ini biarpun skuad bimbingan K. Rajagobal itu tewas teruk 1-5 kepada tuan rumah, Indonesia pada Rabu lalu.

Namun secara realitinya, peluang Malaysia tampak sudah tertutup kerana Indonesia bakal ‘menghadiahkan’ kemenangan kepada Thailand.

Indonesia yang mudah membelasah Laos 6-0 malam tadi kini telah mengumpul enam mata diikuti Thailand (2 mata), Malaysia (1 mata) dan Laos (1 mata).