Rabu, 19 Januari 2011
Selamat Pengantin Baru!!!!
“Sebanyak 500 kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan, tetapi kami menyediakan makanan untuk kira-kira 1,500 tetamu.
“Saya berharap dan berdoa supaya segala yang dirancang berjalan lancar dan selamat kerana ia hari penting dan detik bersejarah buat saya,” katanya, semalam.
Mohd Zaquan Adha menamatkan desas desus sebelum ini mengenai hubungannya dengan pelakon popular apabila mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober, tahun lalu.
Pemain penyerang itu mengakui keserasian hubungan mereka berdua kerana Ayu Raudhah, 26, bukan saja memahami kerjayanya sebagai pemain bola sepak, malah pelakon jelita itu sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya untuk terus berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa.
Isnin, 17 Januari 2011
Barca mengganas!!!
Barcelona membelasah Malaga 4-1 manakala Real Madrid diikat 1-1 oleh kelab tercorot, Almeria.
Barcelona mencapai peringkat pertengahan musim dengan mengumpul 52 mata daripada 19 permainan dengan menjaringkan 61 gol dan melepaskan hanya 11 gol.
Stadium The Red Warriors dibaiki
HASRAT peminat ‘tegar’ The Red Warriors untuk menyaksikan pasukan mereka terus beraksi di Stadium Sultan Muhammed Ke IV, Kota Bharu menjadi kenyataan apabila stadium tersebut kini dalam proses pemulihan dan menaik taraf fasiliti.
Selain itu, masalah lampu limpah sebelum ini yang tidak memenuhi spesifikasi sehingga hampir menyebabkan Kelantan terpaksa beraksi pada sebelah petang juga sedang dalam proses baik pulih dan akan disiapkan dalam tempoh terdekat ini.
Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu, kerja-kerja menaik taraf dan pemulihan stadium terutama melibatkan padang sedang dilakukan dan mungkin akan siap dalam tempoh seminggu lagi.
Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Perbadanan Stadium mendapat kerjasama dari segi kepakaran memulihkan padang daripada dua kelab golf iaitu Kelab Golf dan Desa Kelantan dan Kelab Diraja Darulnaim.
“Setakat ini keadaan semakin baik dan cuaca juga menyebelahi kita. Kerja-kerja dilakukan secara berterusan untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik.
“Buat masa ini kerja-kerja menebuk lubang untuk pengaliran udara sedang dijalankan dan kita akan menabur pasir sebelum kerja-kerja membaja dilakukan. Kita akan tunggu rumput tumbuh dan akan dipotong sebelum fasa terakhir meratakan padang dilakukan,” katanya ketika ditemui semalam.
Sabtu, 15 Januari 2011
Puvaneswaran UNGGUL!!!
Atlet karate negara, R. Puvaneswaran melakar kejutan apabila mengetepikan calon pilihan, yang juga jaguh berbasikal keirin dunia, Azizulhasni Awang apabila dinobat Olimpian Lelaki Negara 2010, semalam.
Datuk Nicol David pula menepati ramalan apabila pemain skuasy No. 1 dunia itu dipilih sebagai Olimpik Wanita Negara, mengetepikan saingan jaguh wusyu negara yang memenang pingat emas Sukan Asia, Chai Fong Ying dan atlet terjun, Pandelela Rinong.
Ia merupakan kemenangan kedua buat Nicol, selepas menerima anugerah yang sama untuk 1998. Kemenangan tersebut membolehkan Puvaneswaran dan Nicol masing-masing membawa pulang RM10,000 sumbangan Coca-cola beserta trofi. Hadiah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Puvaneswaran, pemenang pingat emas acara Kumite lelaki bawah 55kg pada Sukan Asia 2010, berkata, dia terkejut dan tidak menyangka dipilih sebagai pemenang.
‘‘Saya tidak menduga boleh terpilih sebagai pemenang kerana calon untuk kategori lelaki cukup hebat seperti Azizulhasni, Alex Liew (boling) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton).
‘‘Ini adalah pengiktirafan tertinggi yang saya terima sepanjang karier saya dalam sukan ini.
‘‘Lebih penting, anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada sukan karate, kerana saya adalah penerima pertama dari sukan karate,’’ katanya.
Selasa, 11 Januari 2011
Pelumba Negara perlu mantap untuk LTDL 2011
Pelumba kebangsaan mampu menyaingi 22 pasukan handal pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011, yang bermula 23 Januari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja LTdL 2011, Datuk Salim Parlan percaya, penyertaan pasukan handalan dari seluruh dunia, mampu melonjakkan kualiti kayuhan pasukan kebangsaan Malaysia, sekali gus merealitikan impian menjadikan skuad lebuh raya negara digeruni di rantau Asia.
Menurutnya, ini selaras dengan tindakan penganjur kejohanan yang bertujuan untuk memberi ujian getir bertaraf dunia kepada skuad lebuh raya Malaysia.
"Penganjur menjemput 23 pasukan yang kuat, 10 daripadanya adalah pasukan pro benua dari Eropah. Malaysia adalah antara tiga pasukan kebangsaan selain Korea Selatan dan Afrika Selatan.
"Saya dimaklumkan pasukan pro benua yang menyertai perlumbaan kali ini adalah kelab yang permohonannya ditolak Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk menjadi kelab Pro Tour.
"Jadi ini bermakna standard LTdL 2011 sangat kompetetif dan bagus kepada skuad kebangsaan Malaysia.
"Jadi, saya harap skuad lebuh raya negara ambil kesempatan ini untuk mengukur standard kayuhan mereka apabila bersaing dengan kelab pro benua yang kuat," katanya selepas kempen Yellowride di Sitiawan, semalam.
Kempen Yellowride Sitiawan adalah acara pra kejohanan LTdL 2011 dan sebelum ini ia diadakan di Jasin, Melaka pada 25 Disember lalu.
Antara pasukan pro benua yang dianggap kuat pada LTdL 2011 ialah Androni, Colnago-CSF, Landbouwkrediet, Tabriz Petrochemical Cycling Team dan Drapac Professional Cycling Team, selain cabaran pasukan kebangsaan Korea Selatan dan Afrika Selatan.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2011, Mohamed Salleh menegaskan, pasukan kebangsaan yang baru dilatih jurulatih Australia, Graham Seers telah diberikan pendedahan berlatih yang mencukupi di Melbourne, sejak Julai lalu.
"Beberapa pelatih kebangsaan yang sedang menjalani latihan intensif bersama Seers sekarang telah berlatih hampir sebulan di Melbourne sejak Julai lalu.
"Dalam tempoh itu, mereka juga menyertai beberapa kejohanan kompetitif di Australia dan ada yang menang.
Khamis, 6 Januari 2011
Selamatkan Chong Wei!!!
Permasalahan itu segera mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mahu segera ia diselesaikan sebelum berlarutan dan menjejaskan urusan kerja badan induk itu terus dalam situasi porak peranda.Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dia menjemput presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh ke pejabatnya pagi semalam bagi membincangkan perkara itu dan untuk berlaku adil, dia juga sedang mengaturkan pertemuan dengan Misbun di sebelah malam (malam tadi) untuk mendapat gambaran yang telus dan sebenar.“Apa juga keputusan sama ada Misbun meneruskan perkhidmatannya atau tidak, kita kena ingat ia dibuat demi kepentingan negara. Taraf badminton kita sudah berada di peringkat dunia dan kita tidak mahu sukan ini malap.
“Mungkin apa yang berlaku ini hanyalah salah faham yang menyebabkan Misbun tidak gembira.
“Sekiranya mereka perlukan bantuan saya, saya akan bantu,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Nadzmi yang ditemani beberapa anggota jawatankuasa eksekutif BAM di pejabatnya di Putrajaya, semalam.
Menjawab pertanyaan pemberita yang musykil apabila Nadzmi tidak turut sama dalam sidang media itu, Ahmad Shabery berkata, presiden BAM itu tidak mahu berdepan dengan media bagi mengelakkan kekeruhan ataupun disalah tafsir mengenai isu yang belum selesai.
“Nadzmi kelihatan tenang tadi dan mereka (BAM) tidak mendapat alasan daripada Misbun mengapa dia meletakkan jawatan. Kenyataan mereka konsisten, sama seperti sebelum ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut butiran pertemuan.
Ahad, 2 Januari 2011
RM220 Million Meriahkan kembali liga M !!!
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat suntikan penajaan baru empat tahun yang lumayan bagi Liga Malaysia mulai musim ini yang berjumlah RM220 juta apabila melantik Astro Media sebagai rakan media sekali gus ejen pemasarannya.
Penajaan itu meliputi hak penyiaran yang bernilai RM30 juta setiap tahun manakala RM100 juta lagi bakal dilaburkan syarikat TV satelit berbayar itu bagi kegiatan promosi bola sepak dan luar gelanggang tanpa menghalang kerjasama dengan rangkaian TV lain yang ditonton percuma. - Utusan
Rooney temui sentuhan!!!
Kemenangan itu kembali mengukuhkan United di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 41 mata dan satu perlawanan dalam tangan di depan pencabar lain termasuk pasukan tangga kedua Manchester City, yang turut ke pada beberapa jam selepas itu.
West Brom yang sesekali melancarkan serangan pantas mendapat peluang untuk berada di depan pada minit ke-62 selepas dihadiahkan sepakan penalti tetapi sepakan Odimwingie jauh tersasar ketika penjaga gol, Tomasz Kuszczak sudah merebahkan badan ke sebelah kanan gawang.
Namun tandukan jarak dekat pada minit ke-72 oleh pemain gantian dari Mexico, Hernandez yang tidak dikawal ketika sepakan sudut membolehkan United bernafas lega dan bertahan sehingga permainan tamat. – Agensi
Tahniah Harimau Malaya
“Ini adalah langkah permulaan untuk kita mengorak langkah lebih jauh dalam arena bola sepak, khususnya di peringkat antarabangsa. Kemenangan ini (menjuarai Piala AFF) adalah pembakar semangat untuk kita lebih maju ke depan, khususnya di pentas antarabangsa,” katanya.
Malaysia muncul juara Piala AFF buat julung kalinya selepas menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat dalam perlawanan final timbal balas di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Sabtu lalu.
Kata Ahmad Shabery, tanpa semangat juang tinggi yang ditunjukkan ketika final kedua di Jakarta, sukar bagi skuad digelar Harimau Malaya itu untuk mencipta kejayaan, khususnya dalam situasi tertekan diasak penyokong Indonesia dari segenap penjuru di gelanggang lawan.
“Belum ada dalam sejarah bola sepak dunia, pemain dibawa masuk ke stadium menggunakan kereta perisai. Kereta perisai lazimnya digunakan tentera untuk berperang, bukan untuk bawa pemain bola sepak masuk stadium,” katanya pada Majlis Program Komuniti Sihat peringkat Parlimen Kemaman, di Kampung Gong Limau, Chukai, semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, walaupun skuad negara tewas 1-2 pada final kedua itu, semangat juang tinggi yang pemain muda negara tunjukkan di sepanjang 90 minit perlawanan, melayakkan mereka untuk digelar wira negara.