Ahad, 12 Disember 2010

Sazali Samad terus unggul

JUARA Mr Universe enam kali, Sazali Abdul Samad (gambar), menyumbang pingat emas pertama Malaysia melalui acara bina badan kategori lightweight 70kg pada Kejohanan Sukan Pantai Asia Kedua Muscat 2010 di Qurum National Park Amphitheater, Muscat, Oman, kelmarin.

Aksi Sazali yang penuh keyakinan nyata menjadi tumpuan dan tepukan gemuruh penonton ketika melakukan persembahan gaya bebas dengan gabungan latar belakang muzik bertemakan filem '’Robocop’ dan ‘Conan the Babarian’ lakonan Arnold Schwarzenegger.
“Saya sangat gembira bertanding buat julung kali dalam Kejohanan Pantai Asia dan seterusnya menjuarai gelaran ini. Ia adalah gelaran terbaru sebagai tambahan kepada kejuaraan yang sudah saya raih sepanjang karier dalam sukan bina badan dan saya sungguh teruja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan