Jumaat, 24 Disember 2010

Lawan tetap Lawan

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap skuad negara mampu mencapai kemenangan 3-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini sebagai bekalan selesa mereka.

Katanya, jaringan pendahuluan itu pasti menyulitkan hasrat lawan yang turun bertemankan penyokong fanatik pada perlawanan kedua di Gelora Bung Karno, Jakarta sekali gus meletakkan anak buah K. Rajagobal menghampiri piala berprestij bola sepak rantau Asia Tenggara itu.

“Saya berharap dan meramalkan kita perlu menang 3-0 di sini, sebagai bekalan selesa sebelum bertandang ke Jakarta (Rabu ini),” katanya pada sesi latihan skuad negara di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam, menjelang pertembungan buku dengan ruas itu.

Mengenai ganjaran, Tengku Abdullah memilih untuk merahsiakan bentuk imbuhan sekiranya skuad negara berjaya menjulang kali pertama piala berkenaan, walaupun pelbagai pihak Indonesia awal-awal lagi mengumumkan ganjaran lumayan buat anak buah Alfred Riedl itu.

“Ganjaran bagi kejayaan mereka akan ditetapkan selepas kedua-dua perlawanan. Ia tetap ada, malah dalam kejayaan ketika beberapa perlawanan lalu, kita sudah berikannya,” katanya yang menyeru kehadiran dan sokongan ribuan penyokong Harimau Malaya ke Bukit Jalil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan