Jumaat, 24 Disember 2010

Ratah Indonesia

Malaysia seharusnya menggunakan kesempatan yang terhidang pada hari Ahad ini dengan mengimbangi kekuatan Indonesia yang membeli Awang Import semata-mata mahu menaikkan imej bola sepak mereka dengan pantas. Tiada apa yang perlu ditakutkan oleh anak-anak buah K. Rajagopal untuk menentang pasukan Indonesia. Lawan bermati-matian dan penuh bersemangat. Fokus sepanjang 94 minit perlawanan dan saling membantu di setiap posisi agar Malaysia mampu menumbangkan ego pasukan seberang yang jelas berbangga kerana berjaya menundukkan Malaysia 5-1 sebelum ini.
Ayuh!!!! Pemain-pemain Malaysia buktikan kalian adalah wira-wira baru bola sepak Malaysia, kami dah muak mendengar sejarah kehebatan bola sepak Malaysia. Kami mahukan hari ini dan hari mendatang yang lebih cemerlang. Buktikan kepada Shebby, Santokh Singh, Azman Adnan bahawa pemain hari ini mampu lebih berjaya berbanding legasi bola sepak Malaysia yang terdahulu.
Sebenarnya peminat bola sepak Malaysia mendambakan kejayaan yang berterusan daripada pasukan bola sepak kita. Selepas kejayaan di Sukan SEA 2009. Kita di landasan yang betul untuk terus berada sebaris dengan pasukan handalan Asia. Tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan duduk sebaris dengan Korea Selatan dan Jepun kembali dalam arena bola sepak asia.
Akhir kalam, Majulah Sukan untuk Malaysia. Salam Sukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan