Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap kebijaksanaan pihak tertentu dapat menimbang semula siaran langsung perlawanan akhir Piala Suzuki AFF di antara Malaysia dan Indonesia, hujung minggu ini.
Katanya, meskipun terdapat stesen televisyen berbayar yang menyiarkan aksi itu, ramai peminat sukan bola sepak tanah air mengharapkan siaran penuh di stesen milik kerajaan atau stesen tidak berbayar yang lain.
"Saya faham mereka juga mempunyai kekangan sendiri untuk menyiarakan perlawanan dan ia bukan di bawah bidang kuasa KBS untuk menentukan pilihan.
"Tetapi, saya mengharapkan adanya pertimbangan dari pihak terbabit dalam membuat ketetapan nanti," jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perdana Rakan Muda, di sini semalam.
Peminat bola sepak tempatan mungkin berdepan kelewatan siaran Ahad ini kerana RTM sekadar menyiarkan pertemuan akhir Malaysia dan Indonesia pada jam 8.30 malam, iaitu lewat 30 minit dari waktu perlawanan bermua.
Ini kerana, slot pada jam 8 malam diisi dengan Berita Nasional.
Ia mungkin menimbulkan keresahan buat mereka yang tidak melanggan saluran berbayar kerana terlepas separuh babak pertama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan