Isnin, 30 Ogos 2010

Malaysia Juara Hoki Cabaran 5 Negara INSEP

Malaysia muncul juara Cabaran Hoki 5 Negara INSEP di Paris, Perancis setelah membenam cabaran tuan rumah Perancis pada perlawanan terakhir semalam. Malaysia menewaskan Perancis 4-2. Dalam saingan sebelum ini Malaysia menewaskan Poland 3-2, serta menewaskan Scotland 3-1 sebelum tumpas 1-4 di tangan Ireland. Malaysia muncul juara dengan memungut 9 mata diikuti Ireland dengan 8 mata, Scotland di tangga ketiga dengan 6 mata diikuti Perancis 4 mata dan Poland 1 mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan