Ahad, 29 Ogos 2010

Adakah hari ini bakal mencipta sejarah buat Malaysia?

Malaysia mempunyai sejarah yang amat gemilang dalam sukan badminton, pemain-pemain seperti Eddy Choong, Punch Gunalan, Misbun Sidek, Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Yong Hock Kin, Wong Choon Hann dan pemain nombor satu dunia masa kini Dato Lee Chong Wei telah memberikan Malaysia banyak gelaran Dunia termasuklah kejuaraan All England, kejuaraan Piala Thomas dan menjadi penyumbang utama pingat emas buat Malaysia di Sukan Komanwel (boleh dikatakan simpanan tetap untuk Malaysia di Sukan Komanwel), Sukan Sea mahupun Sukan Asia.

Cuma hanya dua gelaran yang belum pernah dinikmati Malaysia adalah pingat emas sukan Olimpik dan juga kejuaraan Badminton Dunia.

Badminton jarang menghampakan Malaysia di Sukan Olimpik kerana setakat ini semua pingat yang diperoleh Malaysia adalah dari sukan ini. Sukan Olimpik Barcelona 1992 (1 gangsa, Razif/Jailani), Sukan Olimpik Atlanta 1996 ( 1 perak, Cheah Soon Kit/ Yap Kim Hock dan 1 gangsa Rashid Sidek ) serta yang terbaru Sukan Olimpik Beijing 2008 ( 1 perak sumbangan Dato Lee Chong Wei ).

Gandingan utama negara Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong hanya memerlukan satu lagi permainan untuk merealisasikan hasrat Malaysia untuk mengungguli Kejuaraan Badminton Dunia buat kali pertama dalam sejarah negara. Mereka bakal berdepan cabaran jaguh utama China yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Chai Yun/Fu Haifeng. Peluang buat kedua-dua pasangan ini adalah 50-50. Dan untuk menang perlawanan Akhir sesuatu kejohanan utama memerlukan Fokus dan kosentrasi yang tinggi buat para pemain. Apa-apa pun keputusan pasangan negara ini semestinya telah berusaha sebaik mungkin untuk membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Selamat berjuang wira-wira Malaysia!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan