Selasa, 31 Ogos 2010

Closing Date Summer Transfer Window 2010

Hari ini merupakan hari terakhir sebelum jendela perpindahan pemain bagi musim 2010 ditutup secara rasmi menjelang 12:00 tgh malam British Time.

Semua pengurus pasukan EPL akan terus mencongak nasib pasukan masing2 kerana peraturan baru English Premier League musim ini menetapkan cuma 25 pemain boleh disenaraikan sebelum jendela perpindahan dibuka semula pada 1 Januari 2011. Peraturan baru menetapkan daripada 25 pemain tersebut 8 pemain haruslah 'Homeground Player' yang mana bermain untuk kelab di England mahupun Wales 3 tahun sebelum berusia 21 tahun. Ini bermakna kelab tidak boleh lagi sewenang-wenangnya membeli 25 pemain asing bagi pasukan mereka. Di samping itu pemain di bawah 21 tahun boleh digunakan tanpa had.

Bagi pasukan Man Utd, Jack Rodwell 19 tahun dari Everton FC dikaitkan dengan pembelian mengejut hari ini. Di samping itu 2 pemain Man City Robinho dan Santa Cruz juga dijangka meninggalkan pasukan masing2 hari ini. Robinho dikaitkan dengan AC Milan sementara Santa Cruz dikaitkan dengan Lazio. Liverpool juga masih mahu membentuk skuad yang lebih mantap setelah mendapatkan khidmat pemain handalan Portugal Raul Meireles dari FC Porto kelmarin dengan harga sekitar 12 million Pounds, Roy Hodgson juga dikatakan masih berminat untuk mendapatkan beberapa pemain lagi sebelum jendela ditutup. Bagi Chelsea FC, Carlo Ancelotti menegaskan mereka telah selesai setelah mendapatkan khidmat Ramires dari Benfica dan Yossi Benayoun dari Liverpool. Bagi pasukan Arsenal mereka masih cuba utk mendapatkan Mark Schwarzer sementara Fulham dikatakan berminat mendapatkan Shay Given dari Man City seandainya Schwarzer berhijrah ke Arsenal.

Sama-sama kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan