Jumaat, 5 November 2010

Norhafiz wira negara!!

Merupakan pemain paling veteran dalam skuad bola sepak kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah berjanji akan mencurahkan segala pengalaman yang ada untuk membantu skuad muda Malaysia pada Sukan Asia Guangzhou, 12-27 November ini.
Pemain berusia 29 tahun itu mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak antarabangsa sejak beraksi bersama skuad kebangsaan pada 2001. Malah, Norhafiz juga adalah ketua pasukan Sukan Asia 2006 Doha.
''Persaingan di kalangan pemain senior untuk merebut tiga slot sebenarnya terlalu sengit dan saya tidak terlalu mengharap untuk dipilih, selain saya, Safee Sali, Ashaari Samsudin, Mohd. Amirulhadi Zainal, S. Kunanlan dan Norshahrul Idlan Talaha turut merebut tempat.

Khamis, 4 November 2010

Syabas Elaine!!!!


JAGUH gimnastik berirama negara, Elaine Koon muncul penerima tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (Shakam) berikutan pencapaian cemerlangnya pada Sukan Komanwel di New Delhi, India bulan lepas.
Pada temasya yang berlangsung pada 3 hingga 14 Oktober itu, Elaine meraih satu emas, satu perak dan tiga gangsa dalam acara yang disertai bagi membolehkannya menerima insentif keseluruhan berjumlah RM180,000.
Wang tunai RM80,000 adalah untuk kejayaan meraih pingat emas dalam acara gelung, RM40,000 (pingat perak dalam acara bola) dan masing-masing RM20,000 bagi gangsa dalam acara tali, reben dan keseluruhan individu.

Tahniah Elaine Koon atas kejayaan muncul selaku penyumbang emas ke-10 negara di Sukan Komanwel 2010. Syabas dan Tahniah!!!

Fletcher oh Fletcher!!


Manchester United menundukkan kelab Turki, Bursaspor 3-0 dalam saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara semalam untuk menghampiri tiket ke saingan peringkat kalah mati.


Darren Fletcher, Gabriel Obertan dan bintang muda, Bebe yang rembatannya terkena pertahanan Turki, Ali Tandogan sebelum menerjah jaring, menyumbat gol pada babak kedua untuk memberikan United kemenangan selesa ke atas Bursaspor yang menduduki tangga tercorot kumpulan.


Bebe merupakan pemain muda yang berasal dari Portugal merupakan seorang pemain yang mempunyai fizikal yang baik serta pantas.

Rabu, 3 November 2010

Sepak Takraw Malaysia bangkit!!


Zolkples yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) turut menegaskan, emas yang bakal dibawa pulang pasukan negara tidak sepatutnya hadir daripada acara yang tidak disertai Thailand, sebaliknya daripada acara utama yang turut disertai musuh tradisi itu iaitu antara regu dan berpasukan.
"Walau banyak perkara diperkatakan tentang sepak takraw ketika ini, saya masih percaya kepada kemampuan pasukan negara dan keupayaan kita untuk menghadirkan sebutir pingat emas di Sukan Asia. Malah, saya tidak nampak yang kita hanya berpeluang memenangi emas daripada acara yang tidak disertai oleh Thailand.
"Saya juga tidak nampak Thailand terlalu unggul dan tidak boleh dikalahkan, pada saya standard kita dan mereka lebih kurang sama. Dalam tempoh empat tahun selepas temasya terakhir di Doha, skuad negara juga semakin meningkat,'' ujar Zolkples ketika melawat latihan skuad sepak takraw di Gimnasium 2, Bukit Jalil semalam.
Peminat2 sukan sepak takraw di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan pasukan kebangsaan negara.

Selasa, 2 November 2010

9 emas sasaran Malaysia di Sukan Asia 2010


“Sasaran sembilan pingat emas pada Sukan Asia ini masih di landasan yang betul. Malah, ia juga satu misi untuk mengatasi pencapaian kita mengutip lapan emas ketika di Doha empat tahun lalu,” kata Zolkples selepas merasmikan Perhimpunan Atlet Fasa Akhir ke Sukan Asia 2010 di Bukit Jalil semalam.
“Kita ada beberapa acara yang hampir pasti dan berpotensi memenangi emas seperti skuasy, basikal (trek), boling, wusyu dan mungkin juga badminton.
“Jadi, jika semua sasaran ini direalisasikan, saya harap acara-acara seperti terjun, ekuestrian, pelayaran, gimrama, hoki, memanah, menembak, olahraga dan juga sepak takraw dapat mencipta kejutan menghadiahkan emas,” ujarnya lagi.

Semoga semua atlet2 negara menunjukkan semangat juang yang tinggi di sana nanti, kalah menang adat pertandingan yg penting kita berjuang bermati-matian.